Khamis, 20 Oktober 2011

SMT Jasin Bantu Terbitkan Buletin Perkhemahan KRS SMT / SMV Kebangsaan

Pada 10 hingga 14 Oktober lalu telah diadakan Perkhemahan KRS Kebangsaan (Bagi SMT dan SMV) di Kem PUSAKO Hassan Basir Batu Kikir dan Kem Jelai Negeri Sembilan.  SMT Jasin telah dipertanggungjawabkan dalam penerbitan buletin serta rakaman foto dan video sepanjang perkhemahan berkenaan.  Jawatankuasa buletin diterajui oleh Cikgu Fakhruddin bin Khamis selaku ketua pengarang, Cikgu Siti Khadijah Paiman sebagai Pengarang, sementara Cikgu Shaleza Ismail telah dibantu oleh beberapa orang pelajar iaitu Nabil Afiqah bte Aziz, Aida Hanani bte Aziz dan Nurul Syahirah bte Noorhuddin sebagai pereka grafik. Seterusnya Abdullah Najmi bin Mohamad Azmi, Muhammad Akif bin Mohd Radzi dan Mohamad Shah Rizal bin Abd Aziz pula bertindak sebagai jurufoto.  Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar berkenaan  yang telah mengharumkan nama sekolah ini dengan kecekapan mereka menerbitkan buletin yang berkualiti untuk diedarkan sepanjang berlangsungnya perkhemahan berkenaan.  Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelaras penerbitan iaitu Pn Jaliah bte Abu (PK KOKU) dan tidak lupa kepada En G. Krishenam (Bekas PK KOKU) dan Tn Hj Zakariah yang telah menghadiri beberapa mesyuarat penyelarasan peringkat awal sebelum berlangsungnya perkhemahan berkenaan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...