Isnin, 20 Februari 2012

Anugerah Pelajar Budiman Dilancarkan

Penerima sulung Anugerah Pelajar Budiman
Bulan Januari dan Februari 2012

Majlis Anugerah Pelajar Budiman untuk julung kalinya telah dilangsungkan pada perhimpunan mingguan pagi Isnin tadi.  Seramai 6 pelajar tingkatan 5 telah dinamakan sebagai penerima sulung anugerah ini untuk bulan Januari dan Februari 2012.  Matlamat pihak sekolah memperkenalkan Anugerah Pelajar Budiman setiap bulan ialah untuk memupuk sahsiah serta disiplin yang terpuji dikalangan pelajar.  Malangnya tidak ada jurufoto khusus yang membuat rakaman semasa majlis penganugerahan ini.  Oleh itu foto-foto yang diambil tidaklah begitu sempurna.

Pencalonan penerima anugerah dibuat oleh guru dan kemudiannya ditapis mengikut kriteria tertentu untuk memastikan pelajar yang dipilih boleh mengekalkan sahsiah terpuji serta menjadi contoh kepada rakan yang lain sepanjang pengajiannya di sekolah ini.  Pelajar yang dipilih juga tidak semestinya pelajar yang sangat cemerlang pencapaian akademiknya. Apa yang lebih penting ialah mereka mestilah mempunyai sikap yang terpuji, menghormati guru dan rakan, bersopan santun, berbudi bahasa dan lain-lain sifat yang positif.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...