Isnin, 13 Februari 2012

Rentas Desa Peringkat Sekolah Berlangsung Meriah !!

Tahniah kepada semua warga SMT Jasin yang menjayakan Kejohanan Merentas Desa baru-baru ini.  Sebenarnya acara olahraga merentas desa ini telah bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Ianitu bermula sejak 3000 tahun yang lalu.  Ini bermakna acara ini ialah merupakan antara acara olahraga yang terawal di dunia.  Untuk mkluman semua acara merentas desa adalah satu acara di mana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa.

Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan. Jarak yang akan dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaituantara 2 – 5 km, 12 km atau 14.5 km. Untuk memastikan skor pasukan selepaslarian / perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat aggregat terbaik akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari terakhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir daripada pasukan lain akan diberi kedudukan yang lebih tinggi.


Taklimat awal diberikan di dewan



Geng Roda-Roda Kota Raya



Permulaan untuk peserta lelaki



Permulaan peserta perempuan



Pingat dan hadiah jadi milik pemenang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...