Selasa, 3 April 2012

Sehari Sebelum Auditan 5S Oleh MPC

Sehari sebelum pengauditan dilakukan oleh MPC, warga SMT Jasin terus berusaha mengemaskini berbagai kemudahan yang terdapat disekolah. Semuanya dipastikan ada dan boleh berfungsi dengan baik. Kebanyakan lokasi yang saya lawati masih sibuk dengan aktiviti pengemaskinian masing-masing yang dilaksanakan oleh guru mahupun pelajar. Seperti yang dijanjikan, antara foto di bawah kita boleh saksikan nama baru untuk Kantin Sekolah dan Bilik Makan Guru, Kakitangan serta tetamu VIP.

Cg Mustafa, Cg Phoo dan Encik Husin sedang
mengemaskini banner di Dewan Baiduri

"Cafe de Rimba" ialah nama yang diberikan untuk bilik makan
guru, kakitangan serta tetamu VIP

Bahagian pintu masuk "Cafe de Rimba"

"Cafe de Selera" .... inilah nama baru untuk
kantin SMT Jasin

Suasana di ruangan rehat Bilik Guru 

Bilik Cetakan telah dikemaskini mengikut skima 5S.
Tahniah kepada Encik Husin, PIC untuk bilik berkenaan

Ha ... inilah punca talian internet sekolah kita sekejap ada sekejap
tak de macam biskut "chipsmore"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...