Khamis, 26 April 2012

Uda, Arab dan Galah Antara Pemain Terajui Pasukan Bola Baling Sekolah

Pasukan Bola Baling SMT Jasin tidak kurang hebatnya. Pasukan lelaki telah pun berjaya menjadi Johan Daerah dengan mengalahkan SBPI Selandar dengan jaringan 13 – 10 dalam perlawanan akhir baru-baru ini. Ini merupakan kemenangan sebagai Johan Daerah dua tahun berturut-turut bagi sekolah ini. Tahniah kepada guru penasihat iaitu Cg Mustafa Ninggal, Cg Rosidawati dan Cg Norliza serta pemain yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah ini. Difahamkan 10 pemain kita akan mewakili daerah Jasin ke pertandingan peringkat negeri pula. Saya tak ingat sangat lah nama budak-budak ni.  Cuma nama panggilan untuk mereka ni pelik-pelik juga. Antaranya ialah Kasim, Chong (bukan Cina pun), Beng, Uda, Galah, Shock, Stone, Steel, Wayne, Arab, Pivot dan Pelat.


Pasukan Bola Baling perempuan tak kurang hebatnya

Serangan yang dibuat oleh Pivot


Stone dan Uda sedang beraksi


Berdiri dari kanan : Cg Noliza, Kasim, Chong, Beng, Uda, Cg Mustafa, Galah, Shock, 
Cg Rosidawati, Duduk dari kanan : Stone, Steel, Wayne, Arab, Pivot dan Pelat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...