Rabu, 4 Januari 2012

Promosi SMT Jasin Ke Arah Kolej Vokasional

Banner ini bakal dipasang di dinding banggunan sekolah sebagai promosi SMT Jasin yang bakal menjadi Kolej Vokasional pada tahun 2013 nanti.  Untuk makluman semua, SMT dan SMV diseluruh Malaysia telah diarahkan oleh pihak BPTV untuk melaksanakan aktiviti promosi Kolej Vokasional.  Saya rasa salah satu cara SMT Jasin melaksanakannya promosi ini ialah dengan mempamerkan banner khusus dari semasa ke semasa.

Banner promosi Kolej Vokasional Jasin.
Sila klik foto banner ini untuk paparan yang lebih jelas

Selasa, 3 Januari 2012

Tahun 2012 - SMT Jasin Jalan Seiring Dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional

Persekolahan tahun 2012 akan bermula pada 4 Januari 2012.  Bagi penghuni asrama SMT Jasin, mereka  telah mula mendaftar kembali ke asrama pada hari ini 3 Januari mulai jam 9.00 pagi.  Kalangan mereka ada juga yang tertahan tidak boleh mendaftar asrama kerana salah laku berat.  Beberapa pelajar pula dibenarkan   mendaftar secara bersyarat setelah menandatangani dokumen akur janji.  Akhirnya ibu bapa dan penjaga juga yang terpaksa menanggung perasaan kecewa dan hampa akibat salah laku yang dibuat anak mereka di asrama pada tahun lepas.  Pihak pengurusan sekolah dan warden terpaksa mendahulukan kesejahteraan majoriti pelajar yang ingin tinggal di asrama dengan aman dan tidak diganggu gugat oleh perangai buruk sesetengah pelajar. Semua pelajar kerap diingatkan supaya tidak sekali-kali melanggar peraturan dan undang-undang sekolah dan asrama dari semasa ke semasa.    

Banner menarik berkaitan tranformasi VocTech yang bakal dipasang
di dinding bangunan SMT Jasin tidak lama lagi
(Sila klik untuk paparan yang lebih jelas)
Tahun 2012 merupakan tahun transisi SMT Jasin menuju ke arah pembentukan Kolej Vokasional Jasin Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013.  Oleh yang demikian, proses transformasi ini perlu didukung oleh semua warga sekolah khususnya guru dan staf SMT Jasin selain daripada memperkasakan 2 kumpulan terakhir pelajar teknikal yang masih ada di sekolah ini iaitu pelajar tingkatan 5 dan pelajar tingkatan 4 yang bakal mendaftar pada 9 Januari nanti.

Isnin, 19 Disember 2011

Staf Sokongan Gembira Ikuti Kursus Motivasi

Pada 17 Disember (Sabtu) lalu sekali lagi pihak sekolah berjaya menganjurkan kursus motivasi yang dilangsungkan di Puteri Resort Ayer Keroh.  Selain anggota kakitangan sokongan, turut hadir ialah beberapa guru kanan seperti Puan Markonah, Puan Mariah serta Encik Norazman.  Seronok benar mereka semua berkursus sambil mengenakan baju korporat baru berwarna hijau muda (sempena menyambut slogan Melaka Bandar Teknologi Hijau...).  Bagi peserta yang hadir, perkataan "kerja biase-biase saje !! dan kerje luar biase !!! tentunya masih sayup-sayup kedengaran bermain di telinga masing-masing.  Mungkin agaknya Encik Husin dan rakan dapat menggayakan gaya unik berkaitan kedua-dua ayat ini. Di bawah ini ialah beberapa foto kenangan semasa kursus yang sempat dirakamkan.








Rabu, 14 Disember 2011

Naik Taraf Beberapa Kemudahan Di Sekolah

Beberapa kemudahan sekolah sedang dinaik taraf baru-baru ini.  Antaranya ialah pembinaan tempat parkir berbumbung untuk Pengetua dan semua Penolong Kanan, naik taraf bilik makan guru dan staf serta bilik VIP di kantin sekolah yang dilengkapkan dengan alat penghawa dingin, pembinaan pondok kawalan keselamatan aspura, pemasangan pagar keliling aspura, ruang menunggu aspura, pembaikan garaj rumah staf kelas H, pembaikan kecil rumah-rumah waden, pembinaan tempat khas pembuangan sampah, pembaikan bumbung dorm asrama, pembinaan wakaf serta pembaikan longkang besar berhampiran di loji kumbahan.

Tempat parkir untuk kenderaan Pengetua dan semua guru Penolong Kanan

Kerja menaiktaraf ruang makan untuk guru dan staf yang turut
dilengkapkan dengan ruang VIP 

Bilik makan untuk guru, staf dan VIP yang dilengkapi
dengan alat penghawa dingin


Pondok pengawal di aspura yang turut menempatkan sistem PA untuk
pengumuman serta memanggil pelajar yang ingin ditemui oleh
penjaga pada hujung minggu

Pintu masuk utama aspura SMT Jasin

Ruang menunggu aspura di laluan untuk ke sekolah

Aspura yang telah dilengkapkan dengan pagar

Kuarters blok H yang dahulunya berisiko garajnya yang hampir
runtuh telahpun diperbaharui

Ahad, 4 Disember 2011

Semak Keputusan Peperiksaan Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Para ibu bapa serta pelajar boleh membuat semakan online keputusan peperiksaan atau ujian yang dilaksanakan di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://saps.moe.gov.my/access-denied.php dengan menekan menu semakan ibu bapa.

Laman utama SAPS

Menu untuk semakan oleh penjaga atau pelajar dengan
hanya menaip nombor kad pengenalan pelajar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...