Ahad, 4 Mac 2012

Tahniah Kelas 5 PKA 2 Juara 3K Bulan Februari

Tahniah diucapkan kepada kelas 5PKA2 dibawah bimbingan Tuan Syed Daud yang berjaya muncul juara keseluruhan bagi bulan Februari pertandingan 3K antara tingkatan. Hadiah hamper kepada kelas dan guru tingkatan turut diberikan pada perhimpunan pagi ini. Kelas ini juga layak menerima hadiah lawatan pada suatu masa yang akan ditentukan.

Dari pemantauan saya, banyak kelas sedang berusaha meningkatkan aspek 3K masing-masing dan cuba menerapkan 5S dalam perlaksanaannya. Pihak sekolah telah memperkenalkan satu lagi pertandingan sebagai komplimen kepada program 3K dan 5S. Pertandingan yang dimaksudkan dipanggil sebagai pertandingan meja terurus. Setiap bulan, panel pemilih yang terdiri dari guru bertugas mingguan bagi minggu terakhir bulan berkenaan akan memilih10 hingga 15 pemenang yang bakal menerima hadiah istimewa dalam perhimpunan mingguan sekolah.  Pelajar perlu mengemaskini meja masing-masing dengan mengambil kira  pemberatan 70% bahan yang disediakan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.   Pemberatan 30% lagi merupakan bahan-bahan yang disediakan seragam oleh guru tingkatan seperti dokumen head count, jadual kelas, misi dan visi sekolah dan sebagainya.
Kelas 5 PKA2 pemenang pertandingan 3K bulan Februari

Dua pelajar 5PKA yang saya lihat  membantu
menceriakan kelas pada sebelah petang

Merah sangat Mak Ngah !!.  Tapi nampak menarik juga

Antara kelas yang sedang berusaha meningkatkan 3K dan 5S

Papan kenyataan masih kosong tapi ada usaha
meningkatkan 3K dan 5S di kelas

Kelas nampak kemas dan menarik

Antara pelajar yang sedang mengemaski
kelasnya disebelah petang

Khamis, 1 Mac 2012

Pelajar Pun Demam 5S

Paparan slogan 5S yang direka oleh Nur Khairunisa Khairul bte Anuar dan Farah Fadzliana bte Pua't dari kelas 4A1 bertajuk " SEKOLAH KONDUSIF PEMANGKIN PRESTASI UNGGUL" menggambarkan betapa pelajar SMT Jasin pun telah dilanda demam 5S.  Alhamdulillah ... semoga semua warga SMT Jasin peka dengan Program 5S yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.


Rangkuman Program / AktivitiTerkini

Rasanya tak sempat nak update blog selalu.  Tambah pula sejak akhir-akhir ini kerap sambungan Internet rosak.  Aktiviti atau program yang melibatkan SMT Jasin antaranya ialah :

MESYUARAT AGUNG PIBG ...




Persembahan Pelajar 

Antara penjaga yang hadir

Tn IR Muhamad Satimin menerima cenderamata
setelah merasmikan majlis




KEJAYAAN PASUKAN HOKI SEKOLAH ...

Tahniah ... menjadi Naib Johan Daerah Jasin !!.  Tahun depan .. jadi Johan ye ..


Cikgu Fakharudin bergaya dengan team SMT Jasin

Ketua pasukan lelaki dengan hadiah kemenangan

Team "Murai"  SMT Jasin berjaya menjadi Naib Johan MSSD Jasin

Ketua pasukan team "Murai" bergaya dengan
hadiah yang diterima


BAHANA 5S YANG SEMAKIN TERASA ...



Rajin nampaknya Encik Husin dan Cikgu Mustapa ni.
Nak siapkan sudut 5S sekolah

Lawat .. jangan tak melawat .. bench marking jangan tak bench marking ..
Akhirnya balik naik bas bersauna !!

Sambutan di SMV Batu Pahat ...
Alamak !!! saya belum lagi ucap terima kasih kat HM dia
Rajin kumpulan pelajar ini
membantu guru menyiapkan sudut PPDA berasaskan skim 5S

Bergambar ramai di SMV Batu Pahat



Rabu, 22 Februari 2012

Galeri 5S Lambang Kesungguhan Warga SMT Jasin

Kerja-kerja menyiapkan Galeri Khas 5S sekolah ini berjaya dilaksanakan.  Saya merasa sangat bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak samada guru, staf sokongan mahupun kakitangan swasta yang telah membanting tulang menyiapkan galeri berkenaan.  Apa yang penting sekarang ialah untuk melengkapkan galeri berkenaan dengan segala maklumat atau informasi mengenai 5S khususnya program-program semasa yang sedang dilaksanakan di sekolah.

Rasanya sekarang kita boleh melihat setakat mana rakan-rakan kita mahu melibatkan diri untuk menjayakan 5S di sekolah ini.  Apa yang penting ialah untuk kita menggalakkan kerjasama dan penyertaan mereka dengan cara berhemah.  Semua telah tahu lokasi mereka ditugaskan.   Elakkan perbuatan sindir meyindir atau meluahkan perasaan tidak puas hati jika melihat rakan kita masih belum bergerak atau tidak langsung membantu.  Saya percaya lama kelamaan mereka akan merasa malu dan akhirnya tergerak hati untuk bersama menyertai program 5S ini.  Diperingkat awal memanglah nampak seperti banyak kerja yang hendak dilakukan.  Tetapi semuanya bertujuan untuk menjadikan urusan harian kita di sekolah menjadi lebih kemas dan tersusun.






Isnin, 20 Februari 2012

Anugerah Pelajar Budiman Dilancarkan

Penerima sulung Anugerah Pelajar Budiman
Bulan Januari dan Februari 2012

Majlis Anugerah Pelajar Budiman untuk julung kalinya telah dilangsungkan pada perhimpunan mingguan pagi Isnin tadi.  Seramai 6 pelajar tingkatan 5 telah dinamakan sebagai penerima sulung anugerah ini untuk bulan Januari dan Februari 2012.  Matlamat pihak sekolah memperkenalkan Anugerah Pelajar Budiman setiap bulan ialah untuk memupuk sahsiah serta disiplin yang terpuji dikalangan pelajar.  Malangnya tidak ada jurufoto khusus yang membuat rakaman semasa majlis penganugerahan ini.  Oleh itu foto-foto yang diambil tidaklah begitu sempurna.

Pencalonan penerima anugerah dibuat oleh guru dan kemudiannya ditapis mengikut kriteria tertentu untuk memastikan pelajar yang dipilih boleh mengekalkan sahsiah terpuji serta menjadi contoh kepada rakan yang lain sepanjang pengajiannya di sekolah ini.  Pelajar yang dipilih juga tidak semestinya pelajar yang sangat cemerlang pencapaian akademiknya. Apa yang lebih penting ialah mereka mestilah mempunyai sikap yang terpuji, menghormati guru dan rakan, bersopan santun, berbudi bahasa dan lain-lain sifat yang positif.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...